Thursday, March 25, 2010

Rumusan

Kesimpulannya, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor adalah sangat penting dimana ianya mempengaruhi pelbagai perkembangan dalam kehidupan kanak-kanak secara langsung dan juga tidak langsung. Aktiviti pergerakan adalah sesuatu yang unik dan penting dalam perkembangan fizikal kerana sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan kanak-kanak menjadi sihat. Sesuatu kemahiran pergerakan akan diperolehi melalui pengalaman dalam permainan ataupun aktiviti yang dijalankan di sekolah mahupun di rumah. Selain itu, aktiviti pergerakan juga dapat membantu dari segi aspek sosial dimana mereka akan mengalami kepuasan dalam mempelajari sesuatu pergerakan. Jika kanak-kanak aktif bermain dan bergerak secara tidak langsung dapat memupuk sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi dalam diri mereka. Dari aspek emosi pula, melalui pembelajaran pergerakan yang mencabar dan seronok akan menjadikan kanak-kanak riang dan aktif, sekaligus dapat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak melalui strategi pergerakkan yang pelbagai. Oleh itu, semua pihak iaitu ibubapa, guru dan juga masyarakat perlu memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak untuk menyertai dalam aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar sesuai dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru.

1 comment:

Unknown said...

Assalammualaikum dan salam sejahtera

syabas saya ucapkan keran atelah berjaya melengkapkan tugasan yang diberikan bagi kursus ini dengan jayanya. Saya melihat perlu beberapa penambahbaikkan perlu dibuat supaya pemahaman tentang topik lebih jelas dan terperinci iaitu masukkan video atau gambar bagi setiap pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. biodata ahli kumpulan juga perlu dimasukkan. sekian, selamat maju jaya.

missnjpakkupsi

Post a Comment